Saturday, April 26, 2008

Seminar Pembangunan Industri Filem Malaysia

Seminar tersebut berlangsung pada 26hn. April 2008, bertempat di Dewan Orkestra, ASWARA, 464 Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur. Ahli PAnel Sesi 1. Prof. Dr. Naim, Sdr.Pansha dan Afdlin Shauki, sesi ke2 David Teo, Shohaimi Baba, dan Norman KRU. Saya mempengerusikan kedua-dua sesi itu ...Tumpuan perbincangan sesi 1 ialah tentang kaedah dan sistem perjurian filem serta anugerah khas juri, sesi kedua mengenai Apa itu filem Malaysia.

PErbincangan sesi pertama itu memberi tumpuan terhadap usaha untuk mendapat kata sepakat sistem perjurian yang layak diguna pakai dalam festival filem Malaysia. Pembentangan sistem yang diperkenalkan dr. Naim didapati mula mendapat perhatian dan dipersetujui. En. Pansha dan Afdlin juga nampak cenderong untuk menyokong sistem tersebut. Begitu juga dengan paa hadhirin. Malah ada yang mencadangkan supaya dimasukkan sistem juri kualitatif sekali. Kedua-dua sistem ini boleh digunakan pakai, begitulah rumusan saya.

Mengena HAdiah Juri, mujur pansha ingat untuk kemukakan sekali isu ini. Cadangan untuk mengekalkan hadiah juripun di sampaikan oleh pansha dan semua panel setuju dan tiada bantahan daripada ahli-ahli yang hadhir.

Mengenai isu apa itu filem Malaysia. Saya hairan pada awalnya, mengapa tajuk itu dibawa dlam perbincangan. Tiada yang memberitahu bahawa tajuk itu ditimbulkan dalam konteks festival filem. JAdinya peringkat awalnya semua membincangkan isu ini dalam konteks apa itu filem Malaysia ... soal isu konsep dan sebagainya... termasuk ahli-ahli panel. Mujurlah pansha membuat penjelasan. So ... majlis juga bersetuju bahawa .. peraturan yang sedia ada kekal iaitu Festival Filem Malaysia hadiah utama perlu berbahasa Melayu, bagaimanapun ada bahagian-bahagian yang diperuntukkan khusus untuk filem dalam bahasa-bahasa lain di Malaysia. Filem Malaysia adalah filem yang mengguna pakai ciri-ciri yang terdapat dalam perlembagaan Malaysia dan beberapa dasar negara yang lain. Saya merumuskan perbincangan dengan mengambil ingatan cadangan ahli-ahli panel bahawa pentakrifan dan ciri-ciri filem Malaysia perlu lebih jelas dicatatkan dalam Dasar Filem NEgara dengan menambil kira cadangan saya, Shuhaimi, dan Norman juga iaiatu Ciri-ciri filem Malaysia perlu mengambil kira dimensi buaya, institusi dan perundangan.

Malah saya mencadangkan dalam blog ini supaya kajian ini dilakukan. malah saya pernah menghantar kertas cadangan penyelidikan kira-kira 4 tahun lalu tentang hal ini, tapi mungkin nampak kurang keutamaannya masa itu. Jadi tidak terlambat untuk memikirkannya semula.
Saya juga mengemukakan cadangan supaya bengkel perjurian diadakan. Tiga aspek perjurian boleh dibengkelkan, pertama tentang pengurusan perjurian, kedua tentang kategori perjurian dan takrif kendalian bagi setiap kategori itu, dan ketiga kaedah perjurian. Di akhir bengkel, hasilnya ialah satu buku panduan perjurian yang boleh dirujuk bagi setiap aktiviti perjurian di Malaysia. Dicdangkan supaya diadakan pada bulan Jun 2008.

Begitulah. Apa yang sangat menarik apabila melihat intelektuil muda filem yang bersemangat di majlis tersebut. Mansur putih, adman salleh, wahab hamzah,syed, mokhtar,hassan mutalib, nancyf00, dan ramai lagi.

Selamat maju jaya.
Sudah lama juga tidak mengendalikan perbincangan seperti itu rasa

No comments: