Monday, April 28, 2008

Allahyarham Rustam A. Sani

Dia seperti abang. Apabila saya mula bekerja di UKM sebagai tutor, saya disangkutkan pada Jabatan Antropologi dan Sosiologi. JAbatan inilah Jabatan Komunikasi (Perhubungan) mula mendapat rumah di UKM, walaupun sekadar menumpang, rakan-rakan termasuk Sdr. Rustam telah memberi semangat dan sokongan yang terlalu banyak untuk membangunkan Jabatan ini dan saya.

Allahyarham Rustam bagi saya adalah orang tua saya. Saya tak pernah terfikir bahawa dia seorang guru ke, kawan ke, tapi seorang yang lebih tua. Saya sangat menghormati dia dan saya segani dia. Bagi saya dia sangat sederhana dalam segala segi dan suka bergurau. Suka dengar bila dia mula berkata-kata. Cara dia bercakap macam tidak serius, tapi isinya mendalam..... bagi saya dia masih ada bersama kita walaupun roh dan jasadnya tiada lagi. Kepada kak Ani, sabarlah, saya faham kak Ani dan Rustam macam belangkas ... sukar untuk menerima hakikat dia sudah pergi tinggalkan kita... Semoga Allah S.W.T menempatkan dia disisi orang-orang beriman yang lain .. yang telah pergi lebh dahulu daripadanya. ALFATIHAH.

No comments: