Friday, May 23, 2008

ERTI KEHIDUPAN 1

SEMAK



Semakin jauh perjalanan yang dilalui

semakin banyak semak yang perlu diredah

semakin banyak warna kabus yang melekat pada setiap wajah yang ditemui

semakin kabur perjalanan arah dan tujuannya

semakin terasa seolah-olah kita berdosa bahawa

ada niat yang tidak difahami

ada niat yang tidak boleh dimetrai



Semak kerana niat yang suci bahawasanya ia dilihat tidak murni

semak kerana niat untuk memberi menjadi salah

kerana pemberian itu dilihat tidak lengkap seperti yang mereka niatkan

sedangkan kita mahu memberi kepada semua yang memerlukan

semak kerana kita kerap sesat untuk memenuhkan niat seikhlas hati.



Mungkin niat yang termetrai itu salah

mungkin kerana kita takut untuk berterus terang tentang niat kita

sehingga kita dilihat sebagai banduan pencipta dosa yang mahu saja diikat dengan jerjak besi

sehingga kewujudan kita ada kalanya tidak nampak memberi apa-apa makna



Sekiranya laluan itu dilihat sebagai satu pengembaraan

yang semak adalah satu kejadian

niat adalah murni selagi tersisip rapi dipersisir hati

tanpa diragui kewujudan dan kejadiannya

kerana biarkan Yang Tahu itu saja yang mengetahui.



Mungkin semak itu adalah ilusi

kerana kita kerap mengatur semak-semak di sepanjang jalan itu

sehingga kesesatan menjadi raja yang membuka ruang luas

untuk kita terus menjadi ganas.



Selagi kita berjalan berpaksi kepada kewujudan Yang Satu

dan niat kita hanya bersimpuh merendah diri ... akur

DIA malapangkan seribu satu laluan

yang semaknya telah cerahkan.





asiahsarji. 24.5.08

Apakah Kehidupan?

PUISI ARTIKEL



Setelah melalui laluan kehidupan yang begitu panjang, ternyata semakin jauh lalaun itu kita lalui semakin semak jadinya.

Mungkin kita telah memilih laluan yang salah walaupun niatnya betul?

Atau kita terpilih niat yang bukan untuk kita nikmati hari ini?

Atau mungkin niat itu yang salah, dan saya terpilih niat yang salah,

tidak mungkin kita capai dalam persekitaran semasa?



Semak kerana terlalu banyak saya temui andaian yang salah tentang manusia yang kita temui,

semak kerana terlalu banyak keutamaan yang perlu dipenuhi dan

kalau tidak dipenuhi kita dilihat sebagai banduan

semak kerana terlalu banyak kejujuran yang diperkosa