Monday, April 28, 2008

Allahyarham Rustam A. Sani

Dia seperti abang. Apabila saya mula bekerja di UKM sebagai tutor, saya disangkutkan pada Jabatan Antropologi dan Sosiologi. JAbatan inilah Jabatan Komunikasi (Perhubungan) mula mendapat rumah di UKM, walaupun sekadar menumpang, rakan-rakan termasuk Sdr. Rustam telah memberi semangat dan sokongan yang terlalu banyak untuk membangunkan Jabatan ini dan saya.

Allahyarham Rustam bagi saya adalah orang tua saya. Saya tak pernah terfikir bahawa dia seorang guru ke, kawan ke, tapi seorang yang lebih tua. Saya sangat menghormati dia dan saya segani dia. Bagi saya dia sangat sederhana dalam segala segi dan suka bergurau. Suka dengar bila dia mula berkata-kata. Cara dia bercakap macam tidak serius, tapi isinya mendalam..... bagi saya dia masih ada bersama kita walaupun roh dan jasadnya tiada lagi. Kepada kak Ani, sabarlah, saya faham kak Ani dan Rustam macam belangkas ... sukar untuk menerima hakikat dia sudah pergi tinggalkan kita... Semoga Allah S.W.T menempatkan dia disisi orang-orang beriman yang lain .. yang telah pergi lebh dahulu daripadanya. ALFATIHAH.

Saturday, April 26, 2008

Kunyit Putih

Saya mengalami penyakit batuk yang sangat teruk, sampai boleh jadi lelahla. jadi ramai kawan-kawan yang perihatin, termasuklah dr. safar, dia bawa hampir sekilo kunyit putih untuk saya gunakan. saya pula jenis yang sangat percaya dengan perubatan cara herba ni. Malamnya, saya tumbuk kunyit putih, masuk air panas, tapis, dan minum .... yo pahir giler. tapi ubat, tak kisah. minum begitu tanpa campur apa-apa lain. Alhamdulillah ... malam tadi tidur dengan nyamannya ... dan hari ini dengan mudah saya menjalan tugas sebagai moderator seminar pembangunan industri filem. Terima kasih Allah S.W.T dan Terima kasih dr. safar.

Ada sesiapa nak mencuba .... boleh laa... strongly recommended.

Seminar Pembangunan Industri Filem Malaysia

Seminar tersebut berlangsung pada 26hn. April 2008, bertempat di Dewan Orkestra, ASWARA, 464 Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur. Ahli PAnel Sesi 1. Prof. Dr. Naim, Sdr.Pansha dan Afdlin Shauki, sesi ke2 David Teo, Shohaimi Baba, dan Norman KRU. Saya mempengerusikan kedua-dua sesi itu ...Tumpuan perbincangan sesi 1 ialah tentang kaedah dan sistem perjurian filem serta anugerah khas juri, sesi kedua mengenai Apa itu filem Malaysia.

PErbincangan sesi pertama itu memberi tumpuan terhadap usaha untuk mendapat kata sepakat sistem perjurian yang layak diguna pakai dalam festival filem Malaysia. Pembentangan sistem yang diperkenalkan dr. Naim didapati mula mendapat perhatian dan dipersetujui. En. Pansha dan Afdlin juga nampak cenderong untuk menyokong sistem tersebut. Begitu juga dengan paa hadhirin. Malah ada yang mencadangkan supaya dimasukkan sistem juri kualitatif sekali. Kedua-dua sistem ini boleh digunakan pakai, begitulah rumusan saya.

Mengena HAdiah Juri, mujur pansha ingat untuk kemukakan sekali isu ini. Cadangan untuk mengekalkan hadiah juripun di sampaikan oleh pansha dan semua panel setuju dan tiada bantahan daripada ahli-ahli yang hadhir.

Mengenai isu apa itu filem Malaysia. Saya hairan pada awalnya, mengapa tajuk itu dibawa dlam perbincangan. Tiada yang memberitahu bahawa tajuk itu ditimbulkan dalam konteks festival filem. JAdinya peringkat awalnya semua membincangkan isu ini dalam konteks apa itu filem Malaysia ... soal isu konsep dan sebagainya... termasuk ahli-ahli panel. Mujurlah pansha membuat penjelasan. So ... majlis juga bersetuju bahawa .. peraturan yang sedia ada kekal iaitu Festival Filem Malaysia hadiah utama perlu berbahasa Melayu, bagaimanapun ada bahagian-bahagian yang diperuntukkan khusus untuk filem dalam bahasa-bahasa lain di Malaysia. Filem Malaysia adalah filem yang mengguna pakai ciri-ciri yang terdapat dalam perlembagaan Malaysia dan beberapa dasar negara yang lain. Saya merumuskan perbincangan dengan mengambil ingatan cadangan ahli-ahli panel bahawa pentakrifan dan ciri-ciri filem Malaysia perlu lebih jelas dicatatkan dalam Dasar Filem NEgara dengan menambil kira cadangan saya, Shuhaimi, dan Norman juga iaiatu Ciri-ciri filem Malaysia perlu mengambil kira dimensi buaya, institusi dan perundangan.

Malah saya mencadangkan dalam blog ini supaya kajian ini dilakukan. malah saya pernah menghantar kertas cadangan penyelidikan kira-kira 4 tahun lalu tentang hal ini, tapi mungkin nampak kurang keutamaannya masa itu. Jadi tidak terlambat untuk memikirkannya semula.
Saya juga mengemukakan cadangan supaya bengkel perjurian diadakan. Tiga aspek perjurian boleh dibengkelkan, pertama tentang pengurusan perjurian, kedua tentang kategori perjurian dan takrif kendalian bagi setiap kategori itu, dan ketiga kaedah perjurian. Di akhir bengkel, hasilnya ialah satu buku panduan perjurian yang boleh dirujuk bagi setiap aktiviti perjurian di Malaysia. Dicdangkan supaya diadakan pada bulan Jun 2008.

Begitulah. Apa yang sangat menarik apabila melihat intelektuil muda filem yang bersemangat di majlis tersebut. Mansur putih, adman salleh, wahab hamzah,syed, mokhtar,hassan mutalib, nancyf00, dan ramai lagi.

Selamat maju jaya.
Sudah lama juga tidak mengendalikan perbincangan seperti itu rasa

Tuesday, April 22, 2008

Hi beatiful girls. Noorrulhawa, azimah dan akmar.. thanks a million. fantastic la awak semua. pahala tau kerana memberi ruang untuk saya memanjangkan ilmu dan maklumat pada orang ramai... kalau tak ada u all dan tanpa izin Allah S.W.T.. tak jadi juga. ini mimpi saya tau .. so you al dah berikan mimpi itu untuk jadikan realiti.

saya berdoa anda semua berjaya dalamkehidupan dan sentiasa dipelihara Allah dalam keberkatan


salam
asiahsarji

what a life.But thanks Allah S.W.T

Hi guys,

Today is not a good day, i have being not well at all for the past one week. sometimes i wonder how much our environment squizzes us beyond the limit the body can take ... and i wonder, how a persoan like me allow someting like this to happen.. in fact i can happen to all of us who dont have compalain much about things.

thats the way it is.

3 OraNg Ra TeRsoHoR yG kUiTT

Salam untuk semua....Ini adalah blog terkini Mama Asiah Sarji. Blog sebelumnya iaitu asiahdalegend telah diambil alih oleh 3 orang Ra Tersohor...hahahhaha.....
Oleh: 3 Ra TeRsoHor

JeLiNgaN MaNjEE


DarLinG yG ComE


BasHa yG eNseM


LiYa & IdoLa


MaMa AsIaH