Tuesday, June 10, 2008

DIALOG BERSAMA PENGGIAT FILEM

Tahniah Filem Negara Malaysia, dan tahniah Kementerian Penerangan Malaysia. Pertemuan terbuka tersebut sangat menjanjikan dan sangat menarik perhatian saya. Sebab saya dapat resa roh pertemuan itu bahawa:

  • Ternyata jumlah peserta dan pemain dalam industri filem dan televisyen di Malaysia bertambah dengan banyaknya;
  • Ternyata para pemain dan peserta adalah dari generasi ke 4, berpendidikan, peneroka benua, bercakap dalam berbagai bahasa, bersedia untuk berhadapan dengan risiko, dan mungkin ada yang bersedia untuk menjadi kurang ajar (malah kelompok yang jenis ini memang sudah ada dari generasi ketiga lagi, mereka ini adalah warna-warna yang mencorak industri, yang ada kalanya menyebabkan kita terasa tercabar, sedih, dan marah);
  • Ternyata generasi yang ada dalam acara pada 10hb.Jun 2008 di Dewan Cendiakiawan IPTAR itu, bersedia untuk bukan saja mencari ruang untuk hidup, tetapi bersedia untuk mencipta nama, nama dirinya dan negaranya (?);
  • Alangkah seronoknya kalau saya tahu isi hati mereka sama ada mereka bersedia untuk meneroka benua dengan ideologi negara bangsanya, berjaya menjadi ternama, dan menjadi kaya raya .... serta menjadi pemain ternama dunia ...
  • Ternyata, generasi ketiga mula memberi sedikit ruang laluan untuk generasi 4 ini ...
  • Ternyata istilah-istilah dan bahasa yang digunakan terlalu tinggi ada kalanya untuk difahami ... bagi generasi baru.. itulah bahasa mereka. yusof haslam bercakap tentang anaknya, pengarah KL drift ... daripada 8 idea yang diberikan pada anaknya untuk menghasilkan filem tersebut, hanya dua yang dibeli oleh anaknya. Anaknya memohon untuk dia uruskan sendiri kandungan dan olahan kandungan filem tersebut. Apa yusof haslam kata... memang betul.. idea mereka berbeza, cara mereka melihat idea berbeza, hasilnya hebat sekali. Kemudian saya kata.. itulah sebabnya saya kadang kala bimbang kalau ada pengarah veteran mengadili filem ... sebab mereka terlalu biasa dengan cara buat filem ikut mereka sendiri, menyebabkan mereka mahukan filem-filem lain ikut cara mereka juga .... saya beritahu dia.. saya sudah lalui dan temui juri-juri yang demikian..
  • Othman hafsham dan isteri juga berkata tentang anak-anaknya yang terlibat langsung dalam industri ini .....
  • Kamil Othman MDeC ... serius bersama Roslan Mohamad Pengarah Jabatan Content Industry Department memberi komentar tentang idea unik yang boleh dipancarkan oleh anak-anak muda yang boleh menjadi generasi ke 5 filem dan tv di malaysia... saya menyokong ... tetapi mereka ini kata saya perlu diberikan asas dan nafas yang lebih keras, nafas dan asas tempatan .... yang berbudaya, berfalsafah, dan mengetahui hero-hero tempatan... mereka perlu tahu bercerita ... cerita kita cara kita citarasa global.. semuanya perlu ada mekanisma;
  • Menteri Penerangan baru juga generasi baru ... suka dengar bila dia kata ... lets the professionals do their job... I wont interfere... mungkin di sini akhirnya pengaruh politik dalam dunia penyiaran dan filem? ... ahhh what a relief ....ye ke...? tapi TKPP adila, Norliza .. nampak relief giler.... akhirnya mereka diakui sebagai profesional ... atau hanya shok sendiri ... sistem masih tak berubah ... mereka masih terikat dengan cara lama ... harap-harap mereka dapat bernafas .... TKSU, KPPenyiaran dan Ketua Pengarah Filem Negara mungkin gembira.. kerana ada ruang bernafas .. tetapi wah... saya nampak dengan jelas betapa besar dan banyaknya tanggung jawab ....
  • Ramai juga peserta dan pemain industri yang berhasrat untuk menjadi pemain yang lebih berilmu ...... kata saya " welcome to ukm"
  • Tentang UKM ... kami terus menyediakan pemain dan peserta industri masa depan, harfap-harap ada gelanggangnya dan alat permainannya... harap-harap mereka menjadi pemain dunia .... atau mereka sekadar menjadi pemerhati dan tukang sorak ... ada orang lain yang bermain di gelanggang sendiri?
  • Kita bincangkan isu ini juga dengan rakan-rakan di majlis dialog itu tadi ... kita sediakan infrastrukturnya yang canggih... tapi kita biarkan orang lain mengisi ruang itu seperti di radio dan tv swasta sekarang ini .. kata kawan .. buka radio saja lagu dari luar.. luar.. luar..

1 comment:

Si uLaM M@niS said...

Salam Dr. asiah

lamanya tak update blog....

bz ye...

selamat ari raya

salam sayang...nuru