Friday, May 23, 2008

ERTI KEHIDUPAN 1

SEMAK



Semakin jauh perjalanan yang dilalui

semakin banyak semak yang perlu diredah

semakin banyak warna kabus yang melekat pada setiap wajah yang ditemui

semakin kabur perjalanan arah dan tujuannya

semakin terasa seolah-olah kita berdosa bahawa

ada niat yang tidak difahami

ada niat yang tidak boleh dimetrai



Semak kerana niat yang suci bahawasanya ia dilihat tidak murni

semak kerana niat untuk memberi menjadi salah

kerana pemberian itu dilihat tidak lengkap seperti yang mereka niatkan

sedangkan kita mahu memberi kepada semua yang memerlukan

semak kerana kita kerap sesat untuk memenuhkan niat seikhlas hati.



Mungkin niat yang termetrai itu salah

mungkin kerana kita takut untuk berterus terang tentang niat kita

sehingga kita dilihat sebagai banduan pencipta dosa yang mahu saja diikat dengan jerjak besi

sehingga kewujudan kita ada kalanya tidak nampak memberi apa-apa makna



Sekiranya laluan itu dilihat sebagai satu pengembaraan

yang semak adalah satu kejadian

niat adalah murni selagi tersisip rapi dipersisir hati

tanpa diragui kewujudan dan kejadiannya

kerana biarkan Yang Tahu itu saja yang mengetahui.



Mungkin semak itu adalah ilusi

kerana kita kerap mengatur semak-semak di sepanjang jalan itu

sehingga kesesatan menjadi raja yang membuka ruang luas

untuk kita terus menjadi ganas.



Selagi kita berjalan berpaksi kepada kewujudan Yang Satu

dan niat kita hanya bersimpuh merendah diri ... akur

DIA malapangkan seribu satu laluan

yang semaknya telah cerahkan.





asiahsarji. 24.5.08

3 comments:

Si uLaM M@niS said...

Tiada perbuatan sebesar niat...namun, siapakah yang mengerti keikhlasan niat...

nukilan:
Bahtiar Mohd. Nor
Noorrulhawa Abu Bakar

CikLieYzaOnline said...

Semak...
Adakah ini yang perlu kuredahi..
Adakah ini yang perlu kutempuhi..
Sekiranya ia semak berduri..
Perlukah kuteruskan jua langkahku ini..

Bilakah semak di hati ini akan berlalu pergi..
Apakah akan kutemui jua suatu hari nanti..
Sinar keinsafan yang menghilangkan semak di hati..

Semak mungkin berduri..
Semak jua merimaskan diri..
Semak juga meresahkan hati..

Namun..
Mungkinkah semak ini merupakan pedoman yang suci..
Lantaran langkah yang kian tersasar jauh hari demi hari..

feez said...

semak..

kadang kala tidak adil..
semak sudah pandai memilih..
semak memilih aku..
untuk melangkah semak yg berduri..

baru aku tahu..
kerna niat ku tidak murni..
hidup dengan ilusi yg seringkali membuat ku termanggu..

semak..

kau telah gerakkan minda ku.
untuk bangun dan hidup
lillahitaala.

thanks opah chik.
u inspired me.
from along.
ur brother's grandson.
feezsein@gmail.com